Selamat datang ~
Beli buku RM90.00 dapatkan pos percuma!
RM60.00 RM64.90
KOMBO: Rich Influence How to Win Friends and Influence People & Think And Grow Rich
Price RM60.00 RM64.90
Product SKU kombo-rich-influence
Brand PTS
Availability In Stock
Quantity
Description

 

Tajuk :KOMBO: Rich Influence

ISBN :kombo-rich-influence

Format : Softcover

Berat : 1.00 kg

 

KOMBO: Rich Influence1.How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu2.Think And Grow Rich - Edisi Bahasa Melayu

 

-How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu

Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan!

Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang!

Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!

Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

Dalami tip berikut:

 

  • Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
  • Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
  • Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
  • Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik

 

ISI KANDUNGAN

 

Bahagian 1: Teknik-teknik Asas Menangani Manusia

Bab 1: Apabila Ingin Mengambil Madu, Jangan Ditendang Sarang LebahnyaBab 2: Rahsia Besar di Sebalik Berurusan Dengan ManusiaBab 3: Mereka yang Mampu Melakukannya Bisa Menawan Seluruh Dunia, Mereka yang Gagal Menyusuri Jalan yang SepiBahagian 2: Enam Perkara yang Perlu Dilakukan supaya Orang Lain Menyukai Kita

Bab 4: Lakukan Perkara Ini dan Kita Disambut Mesra Di Mana SajaBab 5: Cara Mudah bagi Mendapatkan Ekspresi Pertama yang BaikBab 6: Apabila Kita Tidak Melakukan Perkara Ini, Kita Menuju ke Jalan KesulitanBab 7: Cara Mudah Menjadi Pembicara yang BaikBab 8: Bagaimana Menarik Minat Orang LainBab 9: Bagaimana Membuatkan Orang Lain Cepat Menyukai KitaBahagian 3: Bagaimana Memikat Orang Lain Mengikuti Cara Pemikiran Kita

Bab 11: Langkah Pasti bagi Menambah Bilangan Musuh dan Bagaimana MenghindarinyaBab 12: Kalau Kita Salah, AkuilahBab 13: Setitis MaduBab 14: Rahsia SocratesBab 15: Injap Keselamatan dalam Menangani AduanBab 16: Bagaimana Mahu Mendapatkan KerjasamaBab 17: Formula yang Ternyata Berhasil untuk KitaBab 18: Apa yang Diinginkan Setiap OrangBab 19: Tarikan yang Disukai oleh Semua OrangBab 20: Filem-filem Melakukannya dan Juga TV, Mengapa Kita Tidak Ikut Melakukannya?Bab 21: Apabila Cara yang Lain Tidak Berhasil, Cuba Cara IniBahagian 4: MENJADI PEMIMPIN: Bagaimana Mengubah Sikap Orang Lain Tanpa Menyinggung atau Membangkitkan Kemarahan

Bab 22: Kalau Kita Terpaksa Mencari Kesalahan, Begini Cara MemulakannyaBab 23: Bagaimana Mengkritik dan Tidak Dibenci KerananyaBab 24: Bicara Mengenai Kesalahan Kita Terlebih DahuluBab 25: Tidak Ada Orang yang Suka DiperintahBab 26: Biarkan Orang Lain Menyelamatkan Air Muka MerekaBab 27: Bagaimana Mendorong Orang Lain Mencapai KejayaanBab 28: Berikan Nama yang Baik kepada Haiwan PeliharaanBab 29: Jadikan Kesalahan yang Berlaku Mudah DibaikiBab 30: Membuat Orang Lain Berasa Senang Hati bagi Mengerjakan Apa yang Kita CadangkanJalan Pintas Menuju Kejayaan

 

BiodataDale Carnegie

Dale Breckenridge Carnegie yang dilahirkan pada 24 November 1888 ialah seorang penulis dan pengajar dari Amerika Syarikat dan seorang pelatih serta pakar motivasi dalam pelbagai kursus pembangunan diri, penjualan, kewangan, dan keterampilan interpersonal. Dilahirkan daripada keluarga miskin di pertanian di Missour. Beliau adalah penulis dari bukuHow To Win Friendsand Influence Peopleyang diterbitkan pada tahun 1936. Buku tersebut adalah buku terlaris di seluruh dunia sehingga kini.

Buku tersebut diterbitkan kembali oleh PTS Publishing House dalam edisi Bahasa Melayu pada 8 Mac 2010. Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku tersebut sudah berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia, terutama dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

EdisiHow To Win Friends and Influence Peopleyang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku tersebut, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

Beliau juga menulis biografi Abraham Lincoln, berjudulLincoln the Unknown, serta beberapa buku yang lain.

 

-Think And Grow Rich - Edisi Bahasa Melayu

Buku-buku kewangan yang ada pada masa kini banyak mengajar pembaca supaya berjimat cermat, menabung, meningkatkan pelaburan, bersara awal, dan melangsaikan hutang secepat mungkin. Namun, tidak ada satu pun buku kewangan yang mampu menandingi buku ini. Mengapa?

Thinkand Grow Rich

 

1) Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, “Saya mahu banyak wang.”

 

2) Kenal pasti pengorbanan mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan.

 

3) Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu.

 

4) Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan itu. Jalankan rancangan itu walaupun kita masih belum bersedia menggerakkannya.

 

5) Tulis secara jelas beberapa perkara, iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yangdiperlukan, dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi mendapatkan wang itu.

 

6) Baca semula dengan kuat perkara yang kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitusebelum kita tidur dan selepas kita bangun daripada tidur.

Sumber kekayaan yang paling penting bukanlah material, tetapi aset rohani yang jauh lebih bernilai, iaitu semangat, kemahuan, visi dan matlamat, serta keupayaan mengawal minda. Semestinyaadalah karya terbaik yang mampu membimbing pembaca supaya sentiasa memanfaatkan sumber yang tidak ternilai ini.

 

 

Anda mungkin berminatMore